KUALA LUMPUR, Malaysia, May 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- DDPAI, peneraju inovasi dalam teknologi dashcam pintar, dengan bangganya memperkenalkan model utama terbarunya, Z60 Pro dan Z50 Pro di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Dalam majlis pelancaran produk khas pada 10 Mei dengan bertemakan “AI Vision, Smarter Journeys”, DDPAI mempamerkan bagaimana penyelesaian berasaskan AI mereka akan bakal mentakrifkan semula mobiliti di Malaysia dan seterusnya ke peringkat global.
Sebagai sebahagian daripada visinya untuk menerajui industri kamera pemuka tempatan dengan penyelesaian AI yang canggih, DDPAI memperkenalkan kedua-dua produk yang penuh dengan inovasi industri:
Z60 Pro menampilkan sensor imej Dual Sony sebagai keunggulannya, manakala kedua-dua model—Z60 Pro dan Z50 Pro—dilengkapi dengan NightVIS 2.0, teknologi AI ISP yang dipertingkatkan untuk memberikan penglihatan lebih terang dan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Ciri ini amat penting bagi pemantauan parkir, terutamanya dalam persekitaran jalan raya Malaysia yang pelbagai.
Memanfaatkan Sistem Berbilang Saluran πLink DDPAI, Z60 Pro tampil secara unik dengan sokongan rakaman 3 saluran, memberikan pengguna medan pandangan yang lebih luas dan sokongan bukti yang kukuh berbanding kamera pemuka dwi-saluran konvensional.
Selain itu, kedua-dua model—Z60 Pro dan Z50 Pro—menawarkan pilihan sambungan 4G, membuka akses kepada pelbagai ciri kawalan jarak jauh yang berkuasa. Melalui aplikasi DDPAI, pengguna boleh menerima Amaran Segera untuk pemberitahuan kejadian secara langsung, mengakses rakaman dari jauh serta menetapkan Geopagar bagi menentukan sempadan maya dan menerima makluman. Fungsi pintar ini memberikan pengguna di Malaysia tahap keselamatan dan keterhubungan yang lebih baik, walaupun kenderaan mereka tidak diawasi.
Di luar pengimejan dan ketersambungan, kedua-dua kamera pemuka menyepadukan ciri pintar untuk perjalanan yang lebih selamat dan lebih pintar. Dilengkapi dengan Wi-Fi Turbo untuk muat turun pantas, ADAS 2.0 untuk makluman keselamatan masa nyata dan Pengurusan Kuasa IPS untuk melindungi kesihatan bateri kenderaan, model ini meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan pemanduan.
Acara pelancaran itu menarik minat ramai pakar industri, peminat automotif dan pempengaruh tempatan, termasuk wakil media dan KOL yang berkumpul di reruai DDPAI bagi menggantikan demonstrasi produk secara langsung dan menyertai perbincangan yang mendalam. Melalui sesi interaktif ini, para hadirin berpeluang mengalami sendiri cara inovasi kamera pemuka nerasaskan AI boleh mempertingkatkan keselamatan dan kemudahan mobiliti.
Memandang ke hadapan, DDPAI berdedikasi untuk inovasi berterusan dan penyetempatan yang lebih mendalam di Malaysia. Dengan memanfaatkan teknologi termaju dan memperhalusi pengalaman pengguna, DDPAI berusaha untuk memperkasakan setiap perjalanan dan membentuk masa depan mobiliti pintar.
Berikut ialah halaman rasmi Z60 Pro dan halaman rasmi Z50 Pro.
Untuk butiran lanjut dan harga terbaik, lihat Z60 Pro di Shopee dan Z50 Pro di Shopee hari ini.
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0bd8d7b1-9a44-4cad-88bf-5bf87b0370d3
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/efac3563-2ac6-4a87-a0f3-01c1d1056e9a
Hubungi: oversea@ddpai.com